UiTM New Campus (PFI)

Kerajaan sememangnya sentiasa prihatin dalam hal ini. Kerana itu kita melihat kerajaan melalui UiTM terus menyusun strategi agar kampus-kampus cawangan yang baharu dapat dibuka dengan seberapa banyak yang mungkin. 

Sehingga kini jumlah kampus UiTM secara keseluruhannya adalah sebanyak 35 buah merangkumi seluruh negeri. Namun untuk membina satu-satu kampus secara serentak dimerata-rata tempat memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak mungkin mampu ditanggung oleh kerajaan. 

Sesungguhnya kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendahului rakyat sentiasa berusaha bagi memastikan keperluan rakyat khususnya akses kepada pendidikan sentiasa diutamakan.

Oleh kerana itu melalui strategi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) projek pembinaan kampus-kampus cawangan baharu UiTM dapat dilaksanakan. Menjelang 2014 sebanyak enam kampus cawangan baharu akan disiapkan. 


Kampus-kampus tersebut adalah Kampus Puncak Alam Fasa 2, Kampus Samarahan 2 di Sarawak, Kampus Jasin di Melaka, Kampus Pasir Gudang di Johor, Kampus Seremban di Negeri Sembilan dan Kampus Tapah 2 di Perak. 

Manakala enam buah kampus cawangan lagi dijangka dapat digunakan menjelang 2015. 

Kampus-kampus tersebut adalah Kampus Mukah di Sarawak, Kampus Dengkil di Selangor, Kampus Rembau di Negeri Sembilan, Kompleks Alam Bina dan Seni Reka di Puncak Alam, Selangor, Kampus Raub di Pahang dan Institut Latihan UiTM di Negeri Sembilan.







No comments: