Compare or complement your literature review : research reviews, review articles or literature reviews

By Wednesday, October 23, 2013 , , No comments
Sebagai pelajar pasca siswazah, anda tentu biasa dengan berbagai jenis artikel di dalam jurnal contohnya  peer reviewed article, research article, review article, research reviews atau review of literature khusus untuk sesuatu topik.

Post kali ini masih dalam fasa untuk membantu anda memahami topik anda.  Atau jika anda di peringkat penulisan, anda boleh gunakan artikel jenis ini untuk membanding dan melengkapkan literature review anda.  Sumber pilihan yang dimaksudkan adalah review article, research reviews atau kadangkala disebut sebagai literature reviews.


Artikel-artikel ini terhasil apabila seseorang atau sekumpulan individu membuat ulasan status terkini penyelidikan dalam sesuatu bidang/topik berasaskan maklumat dari pelbagai sumber.

Maklumat ini disusun agar dapat menggambarkan ‘state of the art’ bagi topik penyelidikan tersebut. Artikel jenis ini sangat berguna untuk anda mengetahui tentang:

·  Siapakah pakar dalam bidang/topik
·  Apakah perkembangan dan penemuan terbaru
·  Di manakah dan apakah gap dalam bidang/topik itu
·  Apakah debat dan isu terkini
·  Ke manakah halatuju penyelidikan dalam bidang/topik tersebut


Carilah review article yang releven dengan topik anda kerana ia akan meningkatkan kefahaman dan penguasaan anda tentang topik yang anda akan kaji.

Plus point seterusnya adalah kerana di sini juga anda akan dapat menemui dan ‘trail’ key article atau seminal article yang disenaraikan bersama. 

Apa lagi jika anda telah mengenali pakar-pakar bidang tersebut, anda boleh gunakan nama mereka untuk mencari hasil penulisan mereka yang lain.  Penemuan terbaru, perbincangan isu terkini, halatuju penyelidikan dan research gap pula boleh membantu anda untuk define dan refine topik anda, membantu penetapan working title
dan seterusnya research title anda.

Bagaimana mendapatkan review article, research reviews dan literature review?

Contoh pencarian ini menggunakan Web of Science yang disenarai di bawah tajuk Web of Knowledge di  Online Database PTAR. 



1. Taipkan research review dan filter menggunakan title. Anda boleh juga gunakan literature review atau review article sebagai keyword, kemudian filter menggunakan title. Keyword ini boleh dimasukkan dalam inverted commas 

“.. “ untuk lebih tepat, atau tanpa inverted commas untuk lebihkan result.  Kemudian klik search.

Perhatikan saya tidak ubah apa-apa di Limits, saya ikut default setting.  Anda boleh tukar Timespan, Search settings dan Result settings di Limits ikut keperluan anda.






2. Terdapat 5,449 results dari keyword ini  tetapi tidak menjurus kepada mana-mana bidang. Untuk mencari research reviews dalam bidang-bidang, gunakan column di sebelah kiri iaitu Refine Results.  Klik more options/values di bawah Web of Science Categories untuk melihat lebih pilihan bidang.



3. Anda akan dapat melihat lebih banyak bidang, yang secara default disusun ikut record count.  Untuk   mudah mencari, di Sort these by itu, anda tukarkan kepada Alphabetical.  Saya pilih Business finance, jadi saya check dalam kotak itu dan klik Refine.




4. Terdapat 41 rekod untuk dipilih, sesetengah judul menyediakan teks penuh manakala selebihnya hanya  memberikan citation sahaja. 
 

5. Dari artikel ini, anda dapat:

·  Trail rekod-rekod lain di Times cited, (artikel-artikel yang cite artikel ini),    di   Cited references (rujukan yang digunakan oleh artikel ini) dan di View related records (rekod-rekod lain yang menggunakan rujukan yang sama dengan artikel ini).

·  Lain-lain hasil penulisan penulis-penulis.

·  Lain-lain keyword yang digunakan


Tidak jumpa topik anda dalam Web of Science Categories?

Cuba approach ini pula


Taipkan research review, literature review atau review article dan filter menggunakan title.  Klik search dan anda akan dapat jumlah results.
 
Di column Refine results, di bawah Search within results for anda taipkan keyword, contohnya Facebook. 

Hasilnya adalah seperti berikut.



6. Anda boleh dapatkan teks penuh sekiranya dilanggan oleh PTAR, dan merujuk rujukan-rujukan di Times cited, Cited references dan view related records, menjejak penulis dan menambah keyword anda.

Cuba juga mencari di lain-lain online journal/database seperti Science Direct, Scopus, IEEE Explore dan lain-lain.  Cara pencarian agak sama, walau ada perbezaan takrifan artikel jenis ini dari satu database ke database yang lain.

Selamat mencuba! 



Read More...

Mendapatkan research topic overview di dalam handbook

By Friday, October 11, 2013 , , No comments
Post kali ini menyentuh bahan yang boleh membantu anda mendapatkan research overview  yang lebih berfokus tentang topik anda. 

Sudahkah anda explore bahan ini?

Handbook – merupakan bahan rujukan yang memberi pencerahan tentang sesuatu bidang atau sebagai manual/panduan untuk sesuatu perkara.

Dapatkan handbook yang mengandungi ringkasan perkembangan penting penyelidikan dalam bidang yang anda pilih.  Bab-bab di dalamnya mengandungi synthesis hasil-hasil penulisan/dapatan penting bidang-bidang tertentu dan biasanya dihasilkan oleh pakar atau penyelidik dalam bidang tersebut.

Darinya anda akan mendapat maklumat tentang penyelidikan-penyelidikan yang telah dihasilkan dahulu, key person, dan tidak ketinggalan rujukan-rujukan yang boleh anda gunakan untuk pencarian seterusnya.

Cuba taipkan handbook of atau handbook of research di WebOPAC 2.0 PTAR ini, tukar field menjadi title dan klik find untuk mengetahui  judul handbook yang terdapat di PTAR 



Taip keyword seperti ini “handbook of research”, anda akan dapat 274 hits.  Jika anda buang tanda inverted commas “ dari keywords maka anda akan dapat 647 hits. 


Contoh handbook yang terdapat dalam koleksi PTAR, yang ini dalam versi buku elektronik. Klik Chapter PDFs via platform untuk mendapatkan bahan.



Untuk mudahkan anda memilih buku bercetak yang terdapat di PTAR seperti judul ini,  dapatkan review dari Amazon.com terlebih dahulu.  Contohnya ulasan untuk buku ini:

 “The International Handbook of Research on Conceptual Change consists of twenty-seven chapters that clarify the nature of conceptual change research, describes its most important findings and demonstrates their importance for education. It is organized into six sections that include detailed discussions of key theoretical and methodological issues, the roots of conceptual change research in the philosophy and history of science, mechanisms of conceptual change, and learner characteristics. It also contains chapters that describe conceptual change research in the content areas such as physics, astronomy, biology, medicine and health, and history.” (sumber review :  www.Amazon.com)

Semoga post ini membantu anda mencari  maklumat penyelidikan terdahulu (previous research) dalam bidang/topik anda. Berjumpa lagi nanti dengan sumber seterusnya, review articles,  untuk mencari perkembangan terkini penyelidikan dalam bidang/topik yang anda pilih.


Read More...

Mencari maklumat untuk research proposal?

By Tuesday, October 08, 2013 No comments
 gambar: Google Image

Ikutlah langkah-langkah ini untuk mencari maklumat dengan cara berkesan:

• Mula-mula sekali mesti tahu apa nak diketahui, know what you want to know.  Tahu topik dulu,  research question nanti define kemudian selepas anda mendalami background and contextualizing information dalam topik anda.


• Bagaimana cari topik, itu terpulang kepada anda.  Sebab minat kot?  Walau bukan mudah, tapi setelah ada topik, tanya diri kenapa anda mengkajinya dan apa rasionalnya?


Contohnya:

1.    Namakan topik anda. 
                   Saya sedang mengkaji......

2.    Fikirkan persoalan anda. 
                   kerana saya ingin mengetahui siapa/bagaimana/kenapa......

3.    Nyatakan rasional persoalan. 
                   dalam usaha untuk memahami bagaimana/kenapa/apa....

• Jika perlu, cari maklumat mengenai topik tersebut dari umum kepada khusus.  Dari sumber tertiary, secondary terus ke primary walau ianya tidaklah selalu mesti begitu kerana mencari maklumat untuk literature review ini bukan satu aktiviti yang linear.

Anda boleh gunakan e book dan online database PTAR  yang disertakan untuk tujuan tersebut.  Pautan ini akan membawa anda ke sumber, tapi jangan lupa log in di Easy Access sekiranya anda mengakses dari luar jangkauan IP address UiTM.
Britannica Online Academic - a rich online resource containing the Britannica Encyclopedia, Merriam Webster Dictionary, biography and other research tools.


Gale Virtual Reference Library - a database of encyclopedias and specialized reference sources for multidisciplinary research.

Health and Wellness Resource Center including resources from Gale Encyclopaedia of Medicine, Medical and Health Information Directory and Merriam-Webster’s Medical Desk Dictionary.
 

SAGE Knowledge - the ultimate social sciences digital library with an expansive range of SAGE eBook and eReference content from dictionaries, encyclopaedias, debate series and handbooks.

The Encyclopaedia of Computer Science - the definitive reference in computer science and technology.


Bermula dari sumber-sumber ini, anda boleh teruskan pencarian menggunakan related links, references dan lain-lain lagi.

Banyak lagi pilihan ada dalam bentuk bercetak, carilah di  WebOPAC 2.0 PTAR yang berwajah baru ini.



Siri seterusnya:  Work smart : Explore review articles, dissertations, theses ....

 
Read More...

CITATION MANAGEMENT WITH ENDNOTE X6 AND MENDELEY (October Class)

By Tuesday, October 01, 2013 , , , No comments

Date : 9 October 2013 (Wednesday)
Time : 9.00 am-12.00 noon
Venue : Bilik 2, Pusat IT, PTAR 1
Participants : 50 students

PLEASE BE INFORMED THAT THE REGISTRATION FOR THE CLASSES IS NOW OPEN.
 

Any query, please contact :

Encik Shahrol Nizam –Librarian , sharol8720@salam.uitm.edu.my
Please include your personal details.

Thank you!


Read More...