Kertas Soalan Peperiksaan Sesi Mac 2016

By Friday, May 27, 2016 , , No comments

Untuk makluman,Perpustakaan Tun Abdul Razak(PTAR) telah selesai memuatnaik Kertas Soalan Peperiksaan Sesi Mac 2016 sebanyak 734 kod kursus (seperti di lampiran) dari Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan UiTM.
Kertas Soalan Peperiksaan tersebut boleh diakses di Electronic Question Paper System (EQPS) (http://eqps.ptar.uitm.edu.my:8080/eqps/ ) atau (http://koleksi.uitm.edu.my:8080/eqps/)


Nama fakulti dan kod kursus kertas-kertas peperiksaan program Asasi/Pra Diploma/Diploma yang boleh diakses di EQPS:


BIL
KOD  DAN NAMA FAKULTI/PUSAT/AKADEMI
JUMLAH
KOD KURSUS
1
AC Perakaunan
38
2
ACIS Akademik Pengajian Islam Kontemporari
50
3
AD Seni Lukis dan Seni Reka
10
4
AM Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
20
5
AP Senibina,Perancangan dan Ukur
99
6
APB Akademi Pengajina Bahasa
12
7
AS Sains Gunaan
98
8
AT Perladangan dan Agroteknologi
18
9
BM Pengurusan Perniagaan
54
10
CS Sains Komputer dan Matematik
67
11
EC Kejuruteraan Awam
23
12
ED Pendidikan
10
13
EE Kejuruteraan Elektrik
39
14
EH Kejuruteraan Kimia
16
15
EM Kejuruteraan Mekanikal
16
16
FF Filem ,Teater dan Animasi
9
17
HM Pengurusan Hotel dan Perlancongan
33
18
IM Pengurusan Maklumat
26
19
LW Undang-Undang
15
20
MC Komunikasi dan Pengajian Media
23
21
MU Muzik
2
22
PH Farmasi
19
23
SR Sains Sukan dan Rekreasi
34
24
PI Pusat Asasi
3

Jumlah
734



Read More...

#WeHaveResearch #WorldTurtleDay




#WeHaveResearch post ties this article in with #WorldTurtleDay:

Chapter 8 Community-Based Conservation as Grassroots Sustainability Enterprise? Sea Turtle Egg Harvesting in Ostional, Costa Rica - Book Series: Advances in Ecopolitics

On #WorldTurtleDay, take a look at our Turtle-y brilliant research on Community-based conservation of sea turtle eggs in Costa Rica. #WeHaveResearch http://bit.ly/1Vfk6nR

Facebook: https://www.facebook.com/emeraldgrouppublishing/photos/a.401155379910989.113950.258211817538680/1377967282229789/?type=3&theater 
Twitter: https://twitter.com/EmeraldGlobal/status/734719285562482688 
And Linkedin




Read More...

UiTM-IR telah boleh diakses semula

By Saturday, May 14, 2016 , No comments

http://ir.uitm.edu.my/

Alhamdulillah, UiTM-IR
http://ir.uitm.edu.my/ telah boleh diakses semula melalui internet pada hari ini, 14 Mei 2016 .
#uitmir #repository #institutionalrepository
 

sumber :
Jabatan Pembangunan Repositori Institusi Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA

Read More...

Foto Sekitar Program Library Outreach 2016

By Thursday, May 12, 2016 , , No comments
Foto sekitar Program Library Outreach 2016 di Bilik Seminar Cempaka 5,Akademi Pengajian Islam & Kontemporari (ACIS) pada 12 Mei 2016 (Khamis).








Read More...

Library Outreach Program 2016


Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Akademik, PTAR  dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) akan menganjurkan Library Outreach Program 2016 pada butiran berikut: 

        Tarikh   :  12 Mei 2016 (Khamis)


        Masa     :  9.00 Pagi - 12.00 T/hari
        Tempat :  Bilik Seminar Cempaka 5,ACIS



Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk mewar-warkan maklumat perkhidmatan terkini PTAR disamping mendapatkan maklum balas daripada pengguna bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
Read More...

'Bukan plagiat' - tegas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Shah Alam: “Bukan plagiat.” Demikian tegas Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said susulan tuduhan dibuat sekumpulan bekas graduan University of Bath, United Kingdom mengenai kecurian harta intelek, hujung bulan lalu.

Menurut beliau, hasil siasatan pihaknya mendapati tiada unsur plagiarisme namun laporan lengkap mengenai perkara itu belum siap sepenuhnya.

“Berdasarkan laporan awal siasatan itu, tiada sebarang kegiatan plagiat dikesan.

“Namun ia masih dalam penilaian terakhir pihak terbabit dan laporan penuh akan kami terima selewat-lewatnya Isnin depan.

“Siasatan memerlukan masa agak lama berikutan perlu mengambil kira segala sudut dan membabitkan beberapa pihak.

“Bagaimanapun, UiTM akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pada Majlis 100 Hari Pentadbiran Naib Canselor dan Konferensi Akademik 2016 di sini, semalam.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan dakwaan 15 graduan University of Bath mengaitkan UiTM dengan tuduhan mencuri harta intelek selepas mendapati tesis mereka dimuat naik dalam laman web perpustakaan digital universiti itu, UiTM IR.

Daripada jumlah terbabit, empat daripada mereka bekas pelajar di bawah Program Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universty of Bath-Malaysia Institute of Management (MIM) 1994.

Mereka mendakwa tesis yang dikatakan disiarkan dalam UiTM IR itu digunakan tanpa kebenaran.

Terdahulu, Dr Hassan turut menyempurnakan majlis pelancaran ‘Operational Excellence’, Garis Panduan Kurikulum Fleksibel UiTM dan juga ‘Summer Programme’.

Beliau berkata, harapannya sebagai Naib Canselor baru mahu menaikkan ranking UiTM kepada kedudukan 500 terbaik di dunia dalam masa tiga tahun.

“Pada hemat saya, impak sebenar kewujudan dan perjuangan UiTM memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan harmonis.

“Satu petunjuk nyata ialah sumbangan kita terhadap keseimbangan sosioekonomi dan keadilan politik yang menyerlahkan kaum Bumiputera selaku tiang serinya. Hanya UiTM yang mampu menggalas misi besar ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 8:59 AM




DR Hassan melihat pameran bergambar sempena 100 Hari Pentadbiran Naib Canselor.



sumber : http://www.hmetro.com.my/node/135794


berita berkaitan:

UiTM tutup laman web perpustakaan digital
02 Mei 2016 1:06 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/uitm-tutup-laman-web-perpustakaan-digital-1.304491#sthash.zT2phFBx.dpuf


UiTM Denies Theses Were Plagiarised
05 Mei 2016
- See more at: http://www.bernama.com/bernama/v8/ge/newsgeneral.php?id=1242459


Read More...