e-buletin IQRA' - Jan 2017

Untuk makluman, EBuletin IQRA diterbitkan pada setiap bulan dengan pelbagai informasi dan berita terkini mengenai perpustakaan seluruh UiTM dan dipaparkan untuk tontonan umum di pautan yang diberikan  http://library.uitm.edu.my/v4/index.php/en/reseources/publication/category/2-iqra





























Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan Mac 2017


Berikut adalah Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan Mac 2017

Waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
Perpustakaan Kejuruteraan TAR (PKEJ)
Perpustakaan Undang-Undang TAR (PUU)
Perpustakaan Sains & Teknologi TAR (PST)
Perpustakaan Alam Bina TAR (PAB)

Bengkel Pra Pengindeksan Kumpulan Pelaksana

Sukacita dimaklumkan Bahagian Perkhidmatan Akademik telah mengadakan Bengkel Pra Pengindeksan Kumpulan Pelaksana seperti ketetapan berikut: 

Tarikh  : 21 Februari 2017
Masa    : 9.00 pagi 
Tempat: Bilik KKM, Perpustakaan Undang-Undang Tun Abdul Razak

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar cara-cara melaksanakan pengindeksan surat khabar dari segi crop artikel carian, simpan ke server dan melakukan pra pengindeksan






New Arrivals @PTAR - Keluaran Vol 2 Februari 2017

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), Ebooks dan Harta Intelek Universiti. Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.






E- JOURNAL

New Arrivals @PTAR - Keluaran Vol 1 Februari 2017


Disertakan New Arrival @PTAR bagi Vol 1 Februari 2017.

Untuk keluaran Vol.1, Februari 2017 ianya hanya melibatkan bahan EJournal (A-E) (Current Issues) sahaja.




INFO SHARING@PTAR: Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017


Info Sharing @ PTAR memaparkan perkongsian maklumat berkenaan Amanat Menteri Pendidikan Tinggi 2017 yang telah diadakan pada 12 Januari 2017 di Dewan Perdana, PICC. 

Sehubungan itu, slaid dan teks ucapan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi yang membawa tema Redesigning Higher Education boleh dirujuk dengan melayari pautan berikut: 

1. Slaid Amanat Tahun Baharu 2017 YB Menteri Pendidikan Tinggi 

2. Teks Ucapan Amamat Tahun Baharu 2017 YB Menteri Pendidikan Tinggi 

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi


Bersama-sama ini dikongsikan juga artikel berkaitan Redesigning Higher Education kepada warga UiTM. 
Teks penuh artikel boleh dirujuk dengan melayari pautan berikut: 

3.  Identifying the Dimensions for Culture of Excellence in Higher Education

Sumber: Science Direct

Team Info Sharing @ PTAR
Anda ada maklumbalas tentang Info Sharing @ PTAR? Jika YA sila ajukan kepada:

Bahagian Perkhidmatan Akademik
Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
No. Tel: 03-55438581

Sekitar lawatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak ,UiTM Shah Alam telah menerima lawatan akademik dan rujukan ilmiah dari Pusat Tingkatan 6, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru bagi menyempurnakan Kerja Kursus Penggal 2 STPM tahun 2017.