SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menutup tirai acara Judo kategori lelaki apabila berjaya merangkul dua daripada lima pingat emas pada hari kedua kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2014 di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam, pagi tadi.
Ahmad Taufek Abas Seram (UiTM) dalam acara Judo kategori atas 100 kilogram menang mudah menentang Hanis Harani dari Institut Pendidikan Guru (IPG) kurang dari sepuluh saat selepas loceng dibunyikan.
Strategi bertahan oleh Daniel Anthony Kiob (UiTM) hingga ke saat terakhir tidak sia-sia apabila diumumkan sebagai pemenang pingat emas bagi kategori bawah 81 kilogram mengalahkan Mohammad Hadi Musa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sementara itu, Mohd Amirul Fikri Mohd Roslan (UiTM) berjaya merangkul pingat gangsa bagi kategori bawah 60 kilogram.
Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM) yang pertama kali menyertai SUKIPT memenangi pingat emas bagi kategori bawah 73 kilogram dengan mempertaruhkan Hung Wei Pin.

sumber: sukipt portal
No comments:
Post a Comment