KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT JUN 2015


Sukacita dimaklumkan pihak Bahagian Perkhidmatan Akademik(BPA) , Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama ingin memaklumkan mengenai perkhidmatan kami iaitu  "Reference Management software training:Mendeley/EndNote"

Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar, melaksanakan pencarian maklumat dengan lebih berkesan, dapat menggunakan sumber-sumber maklumat yang berwasit dan mahir menghasilkan sitasi/senarai rujukan. Latihan/kelas adalah secara PERCUMA.

Selain daripada latihan/kelas, pihak kami juga menawarkan Konsultasi Secara Berkumpulan atau Perseorangan.

Kepada yang berminat, terutamanya pelajar pra dan pasca siswazah,pensyarah, penyelidik Kampus Induk ,Shah Alam ,UiTM boleh terus menghubungi pihak kami melalui emel atau telefon berikut:

Siti Rohayu Mohd Yusof,
Instruction Librarian
sitirohayu@salam.uitm.edu.my or call 03-55211701

Mohd Fitri Bin Ruslan
Senior Library Assistant
mfitri399@salam.uitm.salam.edu.my or call 03-55443714

Mohd Syazwan Hamzah,
Library Assistant
syazwan2216@salam.uitm.edu.my or call 03-55443714

Warga kampus Puncak Perdana, Puncak Alam, Selayang, Sg.Buloh, INTEC dan kampus cawangan boleh menghubungi Pustakawan di perpustakaan cawangan masing-masing.

maklumat lanjut rujuk:


 http://library.uitm.edu.my/v3/index.php/unit-literasi-maklumat/library-user-education/bpa-mendeley-training

 http://library.uitm.edu.my/v3/index.php/unit-literasi-maklumat/library-user-education/bpa-endnote-training

PENANGGUHAN LANGGANAN BEBERAPA PANGKALAN DATA DALAM TALIAN (PDDT)




Adalah dimaklumkan bahawa Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) berikut merupakan PDDT yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2014.  Namun diatas beberapa sebab teknikal KPM belum dapat meneruskan langganan 2015. Berikut dimaklumkan tarikh pengaksesan:

1. Scopus : Pengaksesan hanya setakat 30 April 2015. Mulai 1 Mei 2015 akses ditamatkan

2. EBSCO: Academic Source Premier (ASP) : Pengaksesan hanya setakat 30 April 2015. Mulai 1 Mei 2015 akses ditamatkan

3. EBSCO: Business Source Complete (BSC) : Pengaksesan hanya setakat 30 April 2015. Mulai 1 Mei 2015 akses ditamatkan

4. Proquest Dissertation and Thesis (PQDT) : Pengaksesan hanya setakat 30 April 2015. Mulai 1 Mei 2015 akses ditamatkan

5. Bernama Library Infolink Services (BLIS): Telah ditamatkan langganan 2015




 Harap maklum. Kesulitan amat dikesali

Walaubagaimana pun Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) yang lain masih boleh dicapai adalah seperi berikut, rujuk  maklumat dari Jabatan Pembangunan Sumber Elektronik (JPSE) http://ptarjpse.blogspot.com/2015/05/senarai-sumber-elektronik-yang-masih.html   atau LINK: JPSE File