Turnitin adalah perisian yang memberikan kemudahan kepada
pelanggan untuk membuat padanan teks penulisan dengan teks yang terdapat dalam
server Turnitin. Padanan akan menunjukkan peratus kesamaan
dengan teks yang disemak. Dalam erti
kata yang lebih mudah, ia merupakan satu perisian yang digunakan untuk mengesan
aktiviti plagiat (plagarism checker).
Oleh yang demikian, penggunaannya sangat relevan bagi pensyarah (untuk pelajar pra siswazah) dan supervisor (untuk pelajar pasca siswazah). Adalah difahamkan bahawa, setiap Ketua Pengajian Pasca Siswazah (KPPS) di setiap fakulti dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan tentang perisian ini kepada setiap pensyarah dan supervisor, kemudian mereka perlu mendaftar melalui fakulti masing-masing untuk mendapatkan akaun yang sah.
Perpustakaan Tun
Abdul Razak UiTM tidak menyediakan perkhidmatan perisian Turnitin untuk para pengguna. Namun demikian, pihak kami sering ditanya
adakah mereka boleh mendapatkan perisian ini di perpustakaan. Setelah mendapat maklumat yang sahih dari
IPSis, maka ini adalah beberapa perkara berkaitan perisian ini yang ingin kami
kongsikan dengan para pengguna.
Maklumat akaun:
a. Sejumlah akaun untuk perisian Turnitin diperuntukkan untuk pelajar pasca siswazah (Sarjana dan PhD) dan mereka
boleh mendapatkannya dari supervisor masing-masing.
b. Sejumlah akaun pula adalah untuk pelajar pra-siswazah (Degree, Diploma) :
bermaksud [1 akaun = 1 pensyarah = untuk 30-40 orang pelajar]
Staf yang boleh
dihubungi :
a. Untuk bantuan teknikal : sila hubungi, Khairul Ihsan
Abdul Aziz, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat : 603-55225435 (Bahagian
ICT, IPSis)
b. Untuk para pensyarah : mereka boleh menghubungi Ketua Pengajian
Pasca Siswazah (KPPS) di setiap fakulti masing-masing untuk mendaftar.
Latihan
Penggunaan Perisian Turnitin dikendalikan oleh :
I. Prof Madya Dr Zuhaina Zakaria, Timbalan Dekan IPSis :
603-55225435
II.Dr Mohammad Nawawi Seroji, Ketua Program Penyelidikan
IPSis : 603-55225340
No comments:
Post a Comment