New Arrivals@PTAR Bil. 03

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti.

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), E-Books dan Harta Intelek Universiti.

Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bahan-bahan perpustakaan, sila hubungi pihak Perpustakaan Universiti Teknologi MARA yang berdekatan.


Selanjutnya di: Buku Bercetak

Selanjutnya di: Pangkalan Data

Program 4P: Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM

Program Pemantapan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM diadakan di UiTM Kelantan, Kampus Machang pada 6 & 7 September 2016 bertempat di Perpustakaan Tengku Anis yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan (JPP), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)














Kertas Soalan Peperiksaan Sesi Jun 2016


Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Sumber Digital, Jabatan Pembangunan Repositori Institusi Universiti, PTAR telah selesai memuatnaik Kertas Soalan Peperiksaan Sesi Jun 2016 bagi Sarjana Muda dan Sarjana sebanyak 1,821 kod kursus yang diterima dari Bahagian Penilaian Akademik UiTM.

Kertas Soalan Peperiksaan tersebut boleh diakses di Electronic Question Paper System (EQPS)http://eqps.ptar.uitm.edu.my:8080/eqps/

New Arrivals@PTAR 2016: Perpustakaan Tun Abdul Razak

Perpustakaan Tun Abdul Razak merupakan gedung ilmu dan nadi universiti yang menyediakan pelbagai sumber bahan rujukan bagi memenuhi keperluan maklumat warga universiti. 

New Arrivals@PTAR diterbitkan bagi menyebarluas judul terkini bahan rujukan perpustakaan seperti Buku, Jurnal (Pangkalan Data Atas Talian), E-Books dan Harta Intelek Universiti.

Ia bertepatan dengan UiTM sebagai universiti komprehensif yang berperanan sebagai pusat pengajian dalam pelbagai bidang. Perkhidmatan New Arrivals@PTAR ini diterbitkan secara mingguan melalui emel kepada semua warga universiti dan boleh juga diakses melalui Portal PTAR.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bahan-bahan perpustakaan, sila hubungi pihak Perpustakaan Universiti Teknologi MARA yang berdekatan.


                                               Klik selanjutnya : Senarai Buku


Klik selanjutnya : Senarai e-Books

Klik selanjutnya : Online Database




Program Library & Information Week 2016


Program Library & Information Week adalah program yang diadakan sempena Program Galakan Membaca PTAR 2016. Program ini diadakan sepanjang bulan bulan September 2016 bertujuan untuk memberi memberi pendedahan kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga universiti dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat serta cintakan ilmu.  

Kunjungi perpustakaan berhampiran anda untuk mendapatkan informasi terkini, dan memenangi hadiah-hadiah menarik disediakan. 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Nor Azwani Mohamad, di talian 03 - 55443718, atau Kaunter Perkhidmatan Pelanggan PTAR 03-55443716.

Foto sekitar Program Library Outreach 2016

Foto sekitar Program Library Outreach 2016 di Bilik Al-Hidayah Fakulti Kejuruteraan Elektrik pada 26 Ogos 2016 (Jumaat).






































Waktu Perkhidmatan PTAR September 2016



Berikut adalah Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi bulan September 2016


NOTIS PEMBERITAHUAN (SERVER PTAR)


Dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sistem Perpustakaan, PTAR akan melakukan kerja-kerja perpindahan server dari Bilik Server PTAR ke Pusat Data UiTM.