Repost: UiTM bantu sistem ranking dunia

Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya meyakinkan badan penilai Times Higher Education-QS World University Rankings untuk mengubah corak kriteria pemilihan kedudukan ranking universiti di seluruh dunia yang mana UiTM salah satunya tidak diadili secara saksama.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana dua badan penilai tersebut iaitu Times Higher Education menggunakan 13 kriteria manakala QS Ranking menggunakan penilaian berdasarkan 'perseption' yang mana melihat kepada populariti sesuatu universiti.




 Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Menurutnya, badan penilai tersebut yang terdiri daripada pakar-pakar akademik dunia mengakui telah membuat penilaian yang tidak adil ke atas UiTM dalam menentukan ranking universiti tersebut dengan meletakkan UiTM di bawah kategori sebaris dengan universiti tertua dunia.

“Pada forum di Miami di mana saya satu-satunya wakil Asia telah dijemput oleh badan penilai terbabit untuk membuat penjelasan mengapa perlu ada kategori universiti muda memandangkan UiTM sendiri tidak sepatutnya diletakkan pada kategori yang berlumba dengan universiti Oxford memandangkan UiTM baharu 15 tahun penubuhannya.




Original link: Utusan Malaysia online 

Karnival Akademik & Penyelidikan Kejuruteraan


Tarikh: 5 Jun 2014 
Tempat: Dataran Sains & Teknologi (S&T), Tingkat 3, Menara Kejuruteraan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam

TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR!


 

Taklimat Orientasi Perpustakaan sempena Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi Jun 2014

Taklimat Orientasi Perpustakaan sempena Minggu Destini Siswa (MDS) 
Sesi Jun 2014



Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Orientasi Perpustakaan sempena Minggu Destini Siswa (MDS) sesi Jun 2014 bagi para pelajar baharu akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 04 Jun 2014 (Rabu)
Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Masa: 2.30 – 3.30 petang
Bil. Pelajar: 843 orang


Penyampaian Taklimat oleh :
Puan Siti Rohayu Binti Mohd Yusof
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Akademik
 

Dibantu oleh :
Encik Mohd Syazwan Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan
Bahagian Perkhidmatan Akademik

Taklimat Orientasi Perpustakaan ini adalah bertujuan untuk membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu akan kepentingan dan peranan perpustakaan di dalam menyokong pembelajaran mereka sepanjang pengajian di UiTM

Info Sharing: Library Connect




Library Connect Monthly keluaran Januari 2014 memaparkan perkongsian maklumat tentang 'The Library Connect Top 10 of 2013' dan artikel bertemakan 'The Library and the Research Enterprise'. Teks penuh artikel pada keluaran ini boleh dirujuk dengan melayari pautan tersebut:

1) The Library Connect Top 10 of 2013
From research data to social librarianship, this content by librarians and industry experts resonated with our subscribers around the world.


 

2) Designing libraries for research collaboration in the network world
by Sheila Corral, University
Digital scholarship and the problem of research data offer libraries the chance to shed their "support service" label and become research collaborators. Yet academics often see the library as "a dispensary of goods" not project partners.

 

3) The University of Queensland Library: a partner on scholarship
by Amberyn Thomas, The University of Queensland
The library is an essential element in the strong culture of research excellence at The University of Queensland (UQ), an Australian university that has been ranked repeatedly among the world’s top 100.

 

4) Librarians and institutional assessment tools: a new opportunity
by Elizabeth Brown, Binghamton university
More and more academic campuses are acquiring access to institutional assessment tools to track faculty productivity and identify peers and competitors. How can libraries and librarians use these tools to support campus programs? 


Untuk membaca teks penuh Library Connect Newsletter keluaran Januari 2014 sila layari pautan ini: Library Connect Monthly - Jan 2014






Sumber:
Library Connect Monthly - Jan 2014 (2014). Retrieved 25 April 2014, from http://mail.elsevier-alerts.com