KURSUS INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN)

By Tuesday, June 26, 2012 , , No comments

Jabatan Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak akan menganjurkan Kursus International Standard Book Number (ISBN) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pustakawan  tentang cara-cara permohonan dan penggunaan ISBN dan ISSN, katalog dalam penerbitan dan penerangan tentang akta yang berkaitan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh:    28 Jun 2012
Hari :       Khamis
Tempat:  Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
Peserta:  60 orang peserta sahaja

Disertakan aturcara untuk rujukan:

klik gambar untuk lihat lebih jelas

Read More...

Survey: Jom kongsi pendapat

Assalamualaikum & Salam sejahtera pembaca semua,

Di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami terutama kepada pelajar dan juga staff UiTM juga kepada pembaca-pembaca blog Research JSP ini, dapat memberikan maklum balas yang boleh digunakan oleh pihak kami.

Umumnya, blog ini memberikan informasi tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Penyelidikan (Research Unit) menyediakan Kelas Kemahiran kepada pelajar & staff UiTM, memberi perisian Endnote secara percuma untuk penyelidikan serta konsultasi cara penggunaan.

Selain itu, artikel-artikel terkini penerbitan UiTM yang di indeks oleh pengkalan data SCOPUS dan ISI Web of Knowledge juga terdapat di dalam blog ini. Artikel-artikel tersebut kemaskini dalam sekali seminggu untuk memberikan informasi terkini tentang kedua-dua pengkalan data tersebut.

Read More...