Apakah Jabatan Sokongan Penyelidikan??


Bahagian Pembangunan Penyelidikan, Jabatan Sokongan Penyelidikan adalah bahagian yang bertanggungjawab menyedia dan melaporkan penemuan-penemuan terbaru yang berkaitan dengan prestasi penyelidikan universiti demi mempertingkatkan mutu penyelidikan warga universiti.

Perancangan perkhidmatan juga selaras dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi melalui Projek My Brain15 . Projek ini mensasarkan seramai 60,000 lulusan kedoktoran dalam pelbagai bidang pada tahun 2020. Polisi bahagian ini juga sedar tentang wawasan UiTM untuk menepati kehendak indikator penyelidikan seperti yang telah dimaklumkan dalam dasar:-


- IERU (International Research University)

- RU (Research University)

- APEX (Accelerated Program for Excellence)