Tahniah Sempena Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor

By Wednesday, January 02, 2013 , No comments

Anugerah Pingat Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS) 
sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor.

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli, bahawa PPUiTM turut merasa bangga dan telah menghantar ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Naib Canselor di atas pengurniaan darjah kebesaran DPMS daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2012.

Barisan Exco dan Ahli Persatuan Pentadbir UiTM(PPUiTM) dengan sukacitanya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor.

Sesungguhnya PPUiTM akan sentiasa bersama YBhg. Dato' Sri dalam memartabat dan meningkatkan prestasi dan sistem penyampaian perkhidmatan demi kecemerlangan universiti.


 

0 comments: