Pada
16 Januari 2013 yang lalu, satu Simposium “International Flood Control
Symposium (IFC 2013)” telah diadakan di Shah Alam, Ia yang melibatkan
kerjasama dari 5 buah universiti dan pusat penyelidikan terkemuka iaitu
Universitat Stuttgart, Colorado State University, Asian Institute of
Technology, Indian Institute of Technology Roorkee, UiTM, Institut
Penyelidikan Hidrolik Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran,
Malaysia.
Simposium
ini adalah untuk membincangkan kaedah terbaik dalam pengawasan,
pengawalan dan tindakan secara berkesan bagi sebaran maklumat banjir
antara para jurutera, saintis, akademia dan pihak industri. Hasil
gabungan 5 buah universiti dan juga badan profesional ini, “Flood
Control Research Center” yang berpusat di UiTM akan ditubuhkan tidak
lama lagi.
Susulan
daripada itu satu Perbincangan Meja Bulat bagi penubuhan "Flood
Control Research Center" yang melibatkan Dato Sri VC UiTM, Prof Daniel
Gunaratnam (Washington DC), Pierre Julien (CSU), Muthiah Perumal (IIT),
Mukand Singh Babel (AIT) serta dekan dan beberapa pensyarah telah
diadakan pada 17 Januari 2013 dimana Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM
Shah Alam turut memberi sumbangan dengan cadangan pengwujudan "Flood
Control Research Center Library"
Original post: Perpustakaan UiTM blog
No comments:
Post a Comment