JPSP @ PENANG talk

















Acara: Ceramah “ Supporting Research in an Impact factor Environment” sempenan Hari Bertemu Pelanggan UiTM Penang.
Penceramah : Puan Khasiah Zakaria
Tarikh: 6/10/2009
Masa: 10.30 pg – 1.20 ptg

Laporan:

Bertempat di Dewan Seminar Perdana Aras 3 , Bangunan Pentadbiran UiTM Penang, taklimat “ Supporting Research in an Impact factor Environment” telah diaturkan oleh Ketua Perpustakaan UiTM Penang, Puan Norhayati dengan bantuan staf perpustakaan . Seramai 55 peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada kalangan pensyarah-pensyarah muda.

Seminar berlangsung pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 1.10 petang dengan selingan slot oleh pihak GARTNER yang menerangkan tentang produk dan apa yang mereka boleh tawarkan untuk para penyelidik. Ceramah yang disampaikan oleh Pn. Khasiah Zakaria menerangkan tentang pentingnya RU ( Research University) dan Jabatan Pengurusan Sokongan Penyelidikan ini sebagai hub untuk menjayakan RU itu.

Penyampaian juga menyentuh tentang betapa pentingnya para pensyarah:


  1. menulis jurnal artikel dan diterbitkan sebanyak yang mungkin untuk dapat di masukkan di dalam SCOPUS dan ISI supaya dapat di index oleh dua (2) pengkalan data ini.

2. menulis buku dan diterbitkan oleh UPENA serta mempunyai Indeks belakang Buku (IBB) – keranan buku yang tiada Indeks belakang buku tidak dikira sebagai buku berkualiti berwasit atau “scholarly books” malah Indeks belakang buku dapat meningkatkan nilai buku itu kerana pembaca boleh terus mencari kata kunci menggunakan Indeks Belakang Buku(IBB) . Elemen ini IBB juga meningkatkan buku ini diindeks oleh AMAZON.com dan melalui Amazon.com buku ini boleh dijual di serata dunia.


3. Selain itu, taklimat ini menyedarkan peri pentingnya menggunakan perpustakaan sekiranya ingin mencari maklumat . Pihak perpustakaan sebntiasa bersedia membantu.


4. Pihak Pensyarah juga dimaklumkan agar meningkatkan jaringan ataupun “networking” dengan rakan dari berbagai negara dari berbagai benua. Penceramah mencadangkan agar pensyarah yang dapat menghadiri persidangan antarabangsa mengedarkan ‘business card ‘ sebanayak mungkin dan disamping itu bertukar kad dan idea dengan rakan dari berbagai negara. Seterusnya, sekembalinya mereka ke Malaysia mereka perlu terus berhubung dan mungkin perlu menjemput mereka untuk menjadi penulis jurnal terbitan UiTM atau menjadi rakan penulis atau sidang editor.


Penceramah berharap agar kerjasama antara perpustakaan dan pensyarah dapat terus ditingkatkan dan seterusnya membantu UiTM menjadi Universiti Penyelidikan.

Diakhir sesi, sedikit cenderamata disampaikan oleh pihak UiTM Penang iaitu Puan Norhayati lepada Puan Khasiah tanda kenang-kenangan dan juga pihak GARTNER kepada UiTM Penang.

No comments: