Polisi ini dibentuk sebagai garis panduan dalam usaha menyediakan perkhidmatan penyelidikan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan sokongan penyelidikan perpustakaan PTAR yang mampu menyokong usaha UiTM menjadi Universiti Penyelidikan.
Hasil yang dijangka :-
1) Membangunkan pusat kecemerlangan sokongan penyelidikan berkualiti.
2) Mempertingkatkan jumlah Pustakawan Penyelidik PTAR.
3) Membantu PTAR memberikan kesedaran mengenai pentingnya mengeluarkan penyelidikan berkualiti dan berimpak tinggi demi membantu kecemerlangan universiti.
4) Membina kerjasama penyelidikan diantara universiti luar, industri dan organisasi saintifik.
No comments:
Post a Comment