Citation Management With Endnotes X6 And Mendeley

Citation Management With Endnotes X6 And Mendeley bagi pelajar pasca siswazah telah berjaya dijalankan pada 29 Ogos 2013  jam 8.30 hingga 12.30 tengahari bertempat di Bilik 2,Pusat IT, PTAR 1.
 

Seramai 44 orang pelajar pasca siswazah  terlibat di dalam program kali ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar sarjana dan PhD daripada pelbagai semester pengajian.

Taklimat ini telah dijalankan oleh Puan Siti Rohayu Mohd Yusof dan Encik Shahrol Nizam Johol, pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Akademik. Antara pengisian yang telah disampaikan ialah asas penggunaan perisian Endnote X6 dan Mendeley.

Adalah diharapkan melalui sesi  ini dapat membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar pasca siswazah yang pertama kali mempelajari penggunaan kedua-dua perisian ini. 


Selain itu, ianya bertujuan untuk membantu pelajar menguruskan bahan-bahan rujukan mereka dengan lebih sistematik dan baik semasa menghasilkan penyelidikan.

Ribuan terima kasih bagi semua pihak yang memberi kerjasama bagi menjayakan program ini


Antara peserta yang hadir

Encik Sharol Nizam menyentuh tentang penggunaan Mendeley

 



Kepada mereka yang ingin mengadakan kelas seumpama ini samada pelajar/kakitangan UiTM ataupun Penyelidik, boleh menempah kelas secara ONLINE di Borang Kelas Kemahiran Penyelidikan

Terima kasih 




No comments: