Perpustakaan Nadi Universiti




S: Apakah antara perubahan yang dilakukan terhadap PTAR yang sebelum ini beroperasi secara konvensional kepada perpustakaan Generasi Y?

J: Saya percaya penyediaan kemudahan pembelajaran berkualiti untuk pelajar dan warga universiti penting kerana ini menjadi wadah melahirkan modal insan berpengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing. Peningkatan kualiti prasarana perpustakaan sudah dimulakan sejak beberapa tahun lalu membabitkan penambahbaikan menyeluruh merangkumi aspek persekitaran dan kemudahan yang ditawarkan di perpustakaan bagi memenuhi kehendak semasa. 

PTAR 1 beroperasi 24 jam setiap hari sejak Mac lalu kecuali cuti umum, Sabtu dan Ahad seperti yang dihasratkan Naib Canselor UiTM, Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Beliau mahu PTAR menjalankan perkhidmatan yang mampu memberi kesan kepada gaya dan budaya pembelajaran pelajar di UiTM.


Media: Berita Harian
Date: 8 Nov 2012

Muat turun fail PDF: SINI

No comments: