PENUTUPAN LALUAN PINTU MASUK UTAMA TINGKAT 2 PTAR 1

By Wednesday, August 24, 2016 , No comments

Dimaklumkan bahawa projek naik taraf dan ubahsuai perpustakaan akan dijalankan bermula 24 Ogos 2016 yang melibatkan kawasan di tingkat 2 PTAR. Projek ini akan mengambil masa 8 bulan dan dijangka selesai pada April 2017. Oleh itu, mulai 24 Ogos 2016 pengguna perpustakaan dikehendaki menggunakan laluan masuk di tingkat 1, PTAR 1.

Untuk makluman, sepanjang tempoh projek naiktaraf dan ubahsuai dijalankan, pengguna tidak dibenarkan untuk menggunakan tingkat 2 atas sebab-sebab keselamatan. Untuk itu, perkhidmatan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (urusan peminjaman/pemulangan/bayaran denda/keahlian) akan beroperasi di kaunter sementara di tingkat 1, PTAR 1.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-5544 3716/ 3738/ dan 5543 852.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai ini.


Sekian, dimaklumkan.




0 comments: