
Bengkel Amalan Terbaik Perpustakaan UiTM anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah berlangsung selama 2 hari (28-29 Januari 2015), bertempat di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
Bengkel 2 hari ini adalah satu usaha perkongsian ilmu dalam menerapkan
budaya pengurusan, kepimpinan dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik
dan mantap.
Objektif bengkel :
- Mengadaptasi amalan inovasi terbaik dalam transformasi perkhidmatan perpustakaan.
- Membentuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga Perpustakaan UiTM.
- Memberi pengiktirafan terhadap inovasi dan pencapaian perpustakaan-perpustakaan UiTM dalam memantapkan peranan dan perkhidmatan terbaik perpustakaan.
- Memantapkan perhubungan dan membina rangkaian antara perpustakaan dalam penyampaian perkhidmatan terbaik dalam era ICT, inovasi dan kreativiti.
- Melahirkan warga perpustakaan yang akan kreatif dan berdaya saing sejajar dengan misi dan visi perpustakaan dan Universiti.
13 Booth : Penyertaan Seluruh Perpustakaan UiTM

No comments:
Post a Comment