Bengkel Amalan Terbaik PUiTM 2015




Bengkel Amalan Terbaik Perpustakaan UiTM anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam telah berlangsung selama 2 hari (28-29 Januari 2015), bertempat di Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam.
Bengkel 2 hari ini adalah satu usaha perkongsian ilmu dalam menerapkan budaya pengurusan, kepimpinan dan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan mantap.

Objektif bengkel :
  1. Mengadaptasi amalan inovasi terbaik dalam transformasi perkhidmatan perpustakaan.
  2. Membentuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga Perpustakaan UiTM.
  3. Memberi pengiktirafan terhadap inovasi dan pencapaian perpustakaan-perpustakaan UiTM dalam memantapkan   peranan dan perkhidmatan terbaik perpustakaan.
  4. Memantapkan perhubungan dan membina rangkaian antara perpustakaan dalam penyampaian perkhidmatan terbaik dalam era ICT, inovasi dan kreativiti.
  5. Melahirkan warga perpustakaan yang akan kreatif dan berdaya saing sejajar dengan misi dan visi perpustakaan dan Universiti.


13 Booth : Penyertaan Seluruh Perpustakaan UiTM









 

Hari Keluarga Perpustakaan Tun Abdul Razak


Sukacita dimaklumkan sambutan Hari Keluarga Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 24.01.2015
Hari : Sabtu
Tempat : Camp Site, Taman Wetland Putrajaya
Waktu : 8.00 pagi - 4.00 petang


"Santai Bersama Mengerat Silaturahim"