Post kali ini masih dalam fasa untuk membantu anda memahami topik anda. Atau jika anda di peringkat penulisan, anda boleh gunakan artikel jenis ini untuk membanding dan melengkapkan literature review anda. Sumber pilihan yang dimaksudkan adalah review article, research reviews atau kadangkala disebut sebagai literature reviews.
Artikel-artikel ini terhasil apabila seseorang atau sekumpulan individu membuat ulasan status terkini penyelidikan dalam sesuatu bidang/topik berasaskan maklumat dari pelbagai sumber.
Maklumat ini disusun agar dapat menggambarkan ‘state of the art’ bagi topik penyelidikan tersebut. Artikel jenis ini sangat berguna untuk anda mengetahui tentang:
· Siapakah pakar dalam bidang/topik
· Apakah perkembangan dan penemuan terbaru
· Di manakah dan apakah gap dalam bidang/topik itu
· Apakah debat dan isu terkini
· Ke manakah halatuju penyelidikan dalam bidang/topik tersebut
Carilah review article yang releven dengan topik anda kerana ia akan meningkatkan kefahaman dan penguasaan anda tentang topik yang anda akan kaji.
Plus point seterusnya adalah kerana di sini juga anda akan dapat menemui dan ‘trail’ key article atau seminal article yang disenaraikan bersama.
Apa lagi jika anda telah mengenali pakar-pakar bidang tersebut, anda boleh gunakan nama mereka untuk mencari hasil penulisan mereka yang lain. Penemuan terbaru, perbincangan isu terkini, halatuju penyelidikan dan research gap pula boleh membantu anda untuk define dan refine topik anda, membantu penetapan working title dan seterusnya research title anda.
Bagaimana mendapatkan review article, research reviews dan literature review?
Contoh pencarian ini menggunakan Web of Science yang disenarai di bawah tajuk Web of Knowledge di Online Database PTAR.
1. Taipkan research review dan filter menggunakan title. Anda boleh juga gunakan literature review atau review article sebagai keyword, kemudian filter menggunakan title. Keyword ini boleh dimasukkan dalam inverted commas
“.. “ untuk lebih tepat, atau tanpa inverted commas untuk lebihkan result. Kemudian klik search.
Perhatikan saya tidak ubah apa-apa di Limits, saya ikut default setting. Anda boleh tukar Timespan, Search settings dan Result settings di Limits ikut keperluan anda.
2. Terdapat 5,449 results dari keyword ini tetapi tidak menjurus kepada mana-mana bidang. Untuk mencari research reviews dalam bidang-bidang, gunakan column di sebelah kiri iaitu Refine Results. Klik more options/values di bawah Web of Science Categories untuk melihat lebih pilihan bidang.
5. Dari artikel ini, anda dapat:
· Trail rekod-rekod lain di Times cited, (artikel-artikel yang cite artikel ini), di Cited references (rujukan yang digunakan oleh artikel ini) dan di View related records (rekod-rekod lain yang menggunakan rujukan yang sama dengan artikel ini).
· Lain-lain hasil penulisan penulis-penulis.
· Lain-lain keyword yang digunakan
Tidak jumpa topik anda dalam Web of Science Categories?
Cuba approach ini pula
Taipkan research review, literature review atau review article dan filter menggunakan title. Klik search dan anda akan dapat jumlah results.
Di column Refine results, di bawah Search within results for anda taipkan keyword, contohnya Facebook.
Hasilnya adalah seperti berikut.
6. Anda boleh dapatkan teks penuh sekiranya dilanggan oleh PTAR, dan merujuk rujukan-rujukan di Times cited, Cited references dan view related records, menjejak penulis dan menambah keyword anda.
Cuba juga mencari di lain-lain online journal/database seperti Science Direct, Scopus, IEEE Explore dan lain-lain. Cara pencarian agak sama, walau ada perbezaan takrifan artikel jenis ini dari satu database ke database yang lain.
Selamat mencuba!