(info) Para saintis berebut mahukan otak Einstein!


Apakah yang terjadi jika seseorang yang genius telah meninggal dunia? Pastinya otak si genius dijadikan bahan ujikaji oleh saintis yang lain. Lanjutkan pembacaan di bawah ini;

Setelah lebih separuh abad meninggal dunia, otak saintis genius fizik yang terkenal dengan Teori Relativiti Umum, Teori Relativiti Khas dan Kesan Fotoelektrik yang membolehkan beliau menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 telah dipamerkan di Muzium dan Perpustakaan Sejarah Perubatan Mutter di Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) tahun lalu.


Anna Dhody, kurator muzium tersebut menyatakan dalam satu temubual Yahoo!News bahawa pengunjung akan dapat melihat 45 keratan otak Einstein. Keratan berkenaan telah didermakan oleh pakar neuropatologi kanan Hospital Kanak-Kanak Philadelphia AS, Dr. Lucy Rorke-Adams. 

Salah satu keratan tersebut telah diperbesarkan di bawah bawah mikroskop khas untuk tatapan pengunjung pameran tersebut.

Anna Dorby berharap melalui pameran itu ia dapat mendorong ramai pengunjung dan peminat sains mengkaji tentang sains dan fisiologi otak. Sejumlah 45 bahagian otak Einstein itu telah melalui perjalanan yang sangat unik. Ia bermula dari kematian saintis tersohor itu pada tahun 1955 akibat abdominal aneurism dan otaknya diambil tujuh jam selepas kematiannya.

gambar: Google

Thomas Harvey seorang ahli patologi telah mengambil otak tersebut sebagai satu spesimen untuk uji kaji autopsi yang dijalankan. Bagaimanapun pengambilan otak Einstein telah menimbulkan kontroversi sama ada ia mendapat izin waris. 

Dalam biografinya yang ditulis oleh Ronald Clark (1971) dikatakan: "Einstein sangat setuju jika otaknya dipakai sebagai objek penyelidikan dan meminta agar badannya juga diawetkan jika perlu".


No comments: