Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat

By Monday, April 09, 2012 , , No comments

Kepada semua warga UiTM dan peminat keris, tuan/puan adalah dijemput hadir bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian Pameran Warisan & Pusaka Melayu: Keris & Silat dan Seminar " Keris : 1 Pengenalan" seperti ketetapan berikut:-

Tarikh:  10 April 2012 (Selasa)
Masa:  9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Ruang Legar PTAR 1

Antara objektif pameran ini adalah untuk mendekati golongan muda melalui pameran dan sesi perkongsian maklumat bagi melestarikan warisan dan pusaka Melayu, serta menambah nilai, mencintai sejarah dan warisan serta mempertingkatkan masyarakat yang berdaya kreatif dan berbudaya.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Antaranya ialah:-
-Pameran Keris (Galeri PTAR) – Sebanyak 84 jenis keris daripada 8 Pemilik Keris Persatuan Senipurba Nusantara Selangor (PURBA)
-Pameran Senjata daripada Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
-Pameran Lukisan oleh S. Amin Shahab (Pengarah, Pelakon dan Aktivis Seni) 
-Seminar “ Keris: 1 Pengenalan”
-Peragaan Busana Melayu
-Persembahan Demo Silat Seni Gayong
-Persembahan Amanat Warisan daripada En. Azam Mokhtar
-Gerai Jualan Keris
-Kuiz
-Pertandingan i-Read (mengarang esei) “ Belia Pewaris Pusaka dan Warisan Melayu”

Tuan/puan adalah dijemput hadir beramai-ramai  bagi memeriahkan lagi majlis. 

Pameran Keris yang berlansung di Galeri PTAR hanya 1 hari sahaja (10 April 2012), dan akan diikuti oleh Pameran Lukisan S. Amin Shahab pada 11 April sehingga 20 April 2012

0 comments: