Showing posts with label turnitin. Show all posts
Showing posts with label turnitin. Show all posts

Makluman Perisian Turn it in di UiTM

Perisian Turn it in di UiTM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Seperti yang tuan/puan sedia maklum, pihak PUiTM tidak menyediakan perkhidmatan perisian Turn It In untuk pelajar-pelajar. 


Namun demikian, pihak perpustakaan sering ditanya adakah mereka boleh mendapatkan perisian ini di perpustakaan. 

Bagi yang kurang maklum mengenai perisian ini, Turn It In adalah perisian yang memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk membuat padanan teks penulisan dengan teks yang terdapat dalam server turn it in akan membuat padanan dan menunjukkan peratus kesamaan dengan teks yang disemak. Dalam erti kata yang lebih mudah, ia merupakan satu perisian yang digunakan untuk mengesan aktiviti plagiat (plagarism checker).

Oleh yang demikian, penggunaannya sangat relevan bagi pensyarah (untuk pelajar pra siswazah) dan supervisor (untuk pelajar pasca siswazah). Pihak kami juga difahamkan oleh IPSis, setiap Ketua Pasca Siswazah (KPPS) di setiap fakulti dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan tentang perisian ini kepada setiap pensyarah dan supervisor, kemudian mereka perlu mendaftar melalui fakulti masing-masing untuk mendapatkan akaun yang sah.

Disini, pihak kami ingin memaklumkan tentang staf yang bertanggungjawab yang boleh dihubungi jika sekiranya terdapat pelajar-pelajar bertanyakan tentang perisian Turn It In di tempat masing-masing. Pihak kami juga telah mengesahkan mengenai maklumat ini dengan menghubungi pihak IPSis sendiri.

Menurut Dr Mohammad Nawawi Seroji, peruntukan untuk pemegang akaun Turn It In adalah seperti berikut:
7000-8000 akaun untuk perisian Turn It In diperuntukkan untuk pelajar pasca siswazah (Sarjana dan PhD)
26,000 akaun pula untuk pelajar pra siswazah (Degree, Diploma) : bermaksud [1 akaun = 1 pensyarah = untuk 30-40 orang pelajar]


Staf yang boleh dihubungi :
Untuk bantuan teknikal : sila hubungi, Khairul Ihsan Abdul Aziz, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat : 603-55225435 (Bahagian ICT, IPSis)
Untuk para pensyarah : mereka boleh menghubungi Ketua Pasca Siswazah (KPPS) di setiap fakulti masing-masing untuk mendaftar.

Latihan Penggunaan Perisian Turn it in dikendali oleh :
Prof Madya Dr Zuhaina Zakaria, Timbalan Dekan IPSis : 603-55225435
Dr Mohammad Nawawi Seroji, Ketua Program Penyelidikan IPSis : 603-55225340


Sekian, harap maklum.

Perisian Turnitin di UiTM

Turnitin adalah perisian yang memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk membuat padanan teks penulisan dengan teks yang terdapat dalam server Turnitin.  Padanan akan menunjukkan peratus kesamaan dengan teks yang disemak.  Dalam erti kata yang lebih mudah, ia merupakan satu perisian yang digunakan untuk mengesan aktiviti plagiat (plagarism checker).


Oleh yang demikian, penggunaannya sangat relevan bagi pensyarah (untuk pelajar pra siswazah) dan supervisor (untuk pelajar pasca siswazah).   Adalah difahamkan bahawa, setiap Ketua Pengajian Pasca Siswazah (KPPS) di setiap fakulti dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan tentang perisian ini kepada setiap pensyarah dan supervisor,  kemudian mereka perlu mendaftar melalui fakulti masing-masing untuk mendapatkan akaun yang sah.



Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM tidak menyediakan perkhidmatan perisian Turnitin untuk para pengguna.  Namun demikian, pihak kami sering ditanya adakah mereka boleh mendapatkan perisian ini di perpustakaan.   Setelah mendapat maklumat yang sahih dari IPSis, maka ini adalah beberapa perkara berkaitan perisian ini yang ingin kami kongsikan dengan para pengguna.

Maklumat akaun:
a. Sejumlah akaun untuk perisian Turnitin diperuntukkan untuk pelajar pasca siswazah (Sarjana dan PhD) dan mereka boleh mendapatkannya dari supervisor masing-masing.
b. Sejumlah akaun pula adalah untuk pelajar pra-siswazah (Degree, Diploma) : bermaksud [1 akaun = 1 pensyarah = untuk 30-40 orang pelajar]

Staf yang boleh dihubungi :
a. Untuk bantuan teknikal : sila hubungi, Khairul Ihsan Abdul Aziz, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat : 603-55225435 (Bahagian ICT, IPSis)
b. Untuk para pensyarah : mereka boleh menghubungi Ketua Pengajian Pasca Siswazah (KPPS) di setiap fakulti masing-masing untuk mendaftar.

Latihan Penggunaan Perisian Turnitin dikendalikan oleh :
I. Prof Madya Dr Zuhaina Zakaria, Timbalan Dekan IPSis : 603-55225435
II.Dr Mohammad Nawawi Seroji, Ketua Program Penyelidikan IPSis : 603-55225340