TAKLIMAT ORIENTASI PERPUSTAKAAN SESI MAC 2015
TARIKH : 8 MAC 2015 (AHAD)
TEMPAT : AUDITORIUM UTAMA, FSSR UiTM SHAH ALAM
MASA : 3.00 -4.00 PETANG
Penyampaian Taklimat oleh :
Puan Siti Rohayu
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Taklimat Orientasi
Perpustakaan bagi pelajar baharu Sarjana Muda e-PJJ/PLK sesi September
2014 telah berjaya dijalankan pada 16 Ogos 2014(Sabtu) jam 3.30 hingga
4.30 petang bertempat di Dewan Annex , UiTM Shah Alam. Seramai 245 orang
pelajar baru terlibat di dalam program orientasi ini yang terdiri
daripada pelajar-pelajar yang mendaftar bagi kursus-kursus yang
ditawarkan di UiTM Shah Alam.
Taklimat ini telah
dijalankan oleh Puan Siti Rohayu Bt Mohamad Yusof dan dibantu oleh Encik
Mohd Syazwan Bin Hamzah daripada Bahagian Perkhidmatan Akademik.
Pengisian penting yang disampaikan kepada pelajar-pelajar baru ini
adalah pengenalan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak dan
maklumat-maklumat penting berfokuskan perkhidmatan dan kemudahan yang
disediakan kepada mereka.
Adalah diharapkan
melalui sesi taklimat orientasi perpustakaan ini dapat membantu dan
memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru akan kepentingan dan
peranan perpustakaan di dalam menyokong pembelajaran mereka sepanjang
pengajian di UiTM.
Foto-foto sekitar Taklimat Orientasi Perpustakaan
Taklimat Orientasi Perpustakaan sempena Minggu Destini Siswa (MDS)
Sesi Jun 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Orientasi Perpustakaan sempena Minggu Destini Siswa (MDS) sesi Jun 2014 bagi para pelajar baharu akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh: 04 Jun 2014 (Rabu)
Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Masa: 2.30 – 3.30 petang
Bil. Pelajar: 843 orang
Penyampaian Taklimat oleh :
Puan Siti Rohayu Binti Mohd Yusof
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Dibantu oleh :
Encik Mohd Syazwan Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan
Bahagian Perkhidmatan Akademik
Taklimat Orientasi Perpustakaan ini adalah bertujuan untuk membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu akan kepentingan dan peranan perpustakaan di dalam menyokong pembelajaran mereka sepanjang pengajian di UiTM