Showing posts with label UiTM VC. Show all posts
Showing posts with label UiTM VC. Show all posts

Repost: UiTM bantu sistem ranking dunia

Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya meyakinkan badan penilai Times Higher Education-QS World University Rankings untuk mengubah corak kriteria pemilihan kedudukan ranking universiti di seluruh dunia yang mana UiTM salah satunya tidak diadili secara saksama.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana dua badan penilai tersebut iaitu Times Higher Education menggunakan 13 kriteria manakala QS Ranking menggunakan penilaian berdasarkan 'perseption' yang mana melihat kepada populariti sesuatu universiti.




 Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Menurutnya, badan penilai tersebut yang terdiri daripada pakar-pakar akademik dunia mengakui telah membuat penilaian yang tidak adil ke atas UiTM dalam menentukan ranking universiti tersebut dengan meletakkan UiTM di bawah kategori sebaris dengan universiti tertua dunia.

“Pada forum di Miami di mana saya satu-satunya wakil Asia telah dijemput oleh badan penilai terbabit untuk membuat penjelasan mengapa perlu ada kategori universiti muda memandangkan UiTM sendiri tidak sepatutnya diletakkan pada kategori yang berlumba dengan universiti Oxford memandangkan UiTM baharu 15 tahun penubuhannya.




Original link: Utusan Malaysia online 

Prof Dr Sahol Hamid dilantik semula Naib Canselor UiTM


KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015.

Dalam satu kenyataan, pelantikan semula Dr Sahol Hamid adalah berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan kementerian di samping memastikan kesinambungan pelan pembangunan UiTM berjalan lancar.

"Kementerian Pendidikan berharap agar pelantikan semula ini dapat membantu UiTM untuk menghasilkan graduan Bumiputera yang berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

"Di samping itu, kementerian juga berharap agar pencapaian UiTM dapat dipertingkatkan menerusi pemantapan barisan kepimpinan dan organisasi, kualiti staf akademik, kualiti pembelajaran dan pengajaran dan pembangunan aplikasi sains dan teknologi," kata kenyataan itu kepada Bernama. - Bernama

Link berkaitan;



Tahniah Sempena Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor


Anugerah Pingat Dato Paduka Mahkota Selangor (DPMS) 
sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor.

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli, bahawa PPUiTM turut merasa bangga dan telah menghantar ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Sri Naib Canselor di atas pengurniaan darjah kebesaran DPMS daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2012.

Barisan Exco dan Ahli Persatuan Pentadbir UiTM(PPUiTM) dengan sukacitanya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato' Sri di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor.

Sesungguhnya PPUiTM akan sentiasa bersama YBhg. Dato' Sri dalam memartabat dan meningkatkan prestasi dan sistem penyampaian perkhidmatan demi kecemerlangan universiti.