Notis Waktu Perkhidmatan PTAR - Bulan September 2019


Untuk makluman pihak tuan/puan notis waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina

Program Pengkisahan Sejarah Bersama Datuk Supt.(B) Paul Kiong


Sempena program Kemerdekaan peringkat PTAR UiTM Shah Alam, satu sesi pengkisahan sejarah kehidupan sebagai seorang komunis semasa darurat komunis kedua tahun 1968 sehingga 1989 akan dikongsikan oleh YBhg. Datuk Supt. (B) Paul Kiong. Sesi Pengkisahan sejarah ini bertujuan untuk memupuk semangat patrionisme di kalangan warga UiTM dan mengenang jasa perwira negara yang telah berjuang demi kemerdekaan Malaysia.

Sehuhungan itu, PTAR menjemput seluruh warga UiTM yang berkelapagan untuk hadir ke sesi tersebut dan bagi staf yang hadir akan diberikan Jam latihan.

Notis Penutupan Sementara bilik 24 Jam

Pemakluman : Penutupan Sementara Bilik 24 Jam PTAR (PTAR 1) bagi tempoh 15 hari bermula 15hb Ogos 2019.

Sehubungan itu, warga UiTM yang ingin menggunakan kemudahan bilik tersebut boleh menggunakannya di PTAR Undang-Undang sebagai kemudahan alternatif.
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Hebahan E-Book Bil 1/2019 : Akses Percubaan E-Book Electronic Library E-Lib

Adalah dimaklumkan bahawa PTAR telah menerima akses percubaan untuk e-Book Electronic Library e-Lib seperti berikut:


Untuk makluman tuan/puan username dan passwordakses percubaan ini boleh diperolehi daripada Pustakawan di Perpustakaan UiTM yang berhampiran.

Tempoh percubaan: Bermula 18 Julai 2019

Koleksi e-Book: https://university.elib.com.my/index.php/book/available

Sekiranya terdapat pertanyaan pihak tuan/puan boleh berhubung dengan Pustakawan Kanan:


PUAN SITI AISHAH SADAN 
Jabatan Pembangunan Bahan Perpustakaan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Email : sitia438@salam.uitm.edu.my
Tel : 03-55443777 




Pertandingan Reading Corner UiTM Shah Alam



























1. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam akan mengadakan Pertandingan Sudut Bacaan di semua Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi MARA. Penganjuran pertandingan ini selaras dengan lnisiatif Kecemerlangan Universiti melalui Amanat Naib Canselor 2019 iaitu merancakkan budaya membaca dengan memperbanyakkan 'Reading Corner' di UiTM. Untuk makluman, PTAR telah mernbentangkan Pelaksanaan Program Read@Uni Peringkat Universiti Teknologi MARA di dalam Mesyuarat Senat Ke-245 pada 9 Mei 2019 yang memberi penekanan kepada penglibatan semua Kampus, Fakulti dan lain-lain Pusat Tanggungjawab bagi program ini.

3. Sudut bacaan merupakan ruang yang disediakan dan dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa serta santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Objektif utama pertandingan ini adalah bagi mengadakan satu sudut bacaan di lokasi strategik di setiap Pusat Tanggungjawab UiTM Shah Alam dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan. Adalah diharapkan dengan pengwujudan sudut bacaan ini nanti dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030. 

Notis Waktu Perkhidmatan PTAR bagi Bulan Jun 2019


Untuk makluman pihak tuan/puan notis waktu perkhidmatan ini adalah merangkumi perpustakaan-perpustakaan seperti berikut:
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR Utama)
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Sains & Teknologi
  • Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina

Hebahan E-journal Bil 1/2019 : Langganan Baharu E-journal Mary Ann Liebert

Adalah dimaklumkan bahawa PTAR telah menerima langganan baharu e-Journal Mary Ann Liebert seperti berikut:


Tempoh Langganan: 1 Mei 2019 sehingga  30 April 2020


Koleksi yang dilanggan : 




Pemakluman Kaedah Pembayaran Menggunakan Kad Kredit/Debit



























Untuk makluman, bagi urusan Pembayaran Denda, Bayaran Buku Hilang dan Keahlian Luar Perpustakaan bagi PTAR Utama adalah sepenuhnya menggunakan Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai.