Pertandingan Reading Corner UiTM Shah Alam



























1. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam akan mengadakan Pertandingan Sudut Bacaan di semua Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi MARA. Penganjuran pertandingan ini selaras dengan lnisiatif Kecemerlangan Universiti melalui Amanat Naib Canselor 2019 iaitu merancakkan budaya membaca dengan memperbanyakkan 'Reading Corner' di UiTM. Untuk makluman, PTAR telah mernbentangkan Pelaksanaan Program Read@Uni Peringkat Universiti Teknologi MARA di dalam Mesyuarat Senat Ke-245 pada 9 Mei 2019 yang memberi penekanan kepada penglibatan semua Kampus, Fakulti dan lain-lain Pusat Tanggungjawab bagi program ini.

3. Sudut bacaan merupakan ruang yang disediakan dan dimanfaatkan sebagai perpustakaan mini yang selesa serta santai bagi menyemarakkan budaya membaca. Objektif utama pertandingan ini adalah bagi mengadakan satu sudut bacaan di lokasi strategik di setiap Pusat Tanggungjawab UiTM Shah Alam dengan dilengkapi kemudahan dan koleksi bahan bacaan. Adalah diharapkan dengan pengwujudan sudut bacaan ini nanti dapat menyokong Program Penggiatan Budaya Membaca untuk menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030. 

No comments: